Friday, December 2, 2016

Kalau dah Jodoh versi Kak Yong : Part 2

Bismillah. Assalamualaikum.

Ok nak sambung kisah percintaan Abang Tih dan Kak Yong. Serius aku rasa nak buat diari supaya details macam ni tak luput dari ingatan. Priceless. Nak sambung dari mana ya? Oh, Abang Tih datang dengan kain pelikat dan kopiah dan Kak Yong cair di muka pintu.
Dan kupu-kupu pun bertebangan membuat hati ku berdebar-debar.

Frankly speaking, I am not that kind of girl who easily fall for words or looks or money. Eh ini bukan  bangga diri tau. Sebab aku dah analisis diri sendiri. Haha Ya Allah macam takbur jugak tu. Tapi serius lah. Aku rasa memang tak mudah untuk jatuh cinta. Untuk jatuh suka, minat, nak tenung lama-lama dan angau dua tiga bulan mungkin senang. Tapi kalau nak pastikan aku betul-betul jatuh cinta dan bersedia untuk sebuah komitmen tanpa rasa nak muntah hijau, memang susah. Sebab aku jenis penggeli. Dulu pernah sekali aku minat kat seoarang lelaki ni. Lepas tu, dengar cerita dia suka kat aku. Mood minat aku pun automatik hilang. Just like that. Eh dah lah. Nak explain panjang-panjang dah kenapa. Cukup lah kan kalau dah tahu aku ni susah sikit nak jatuh cinta tahap tergolek-golek tak boleh nak bangun dah.

Tapi Abang Tih, hanya dengan sepotong SMS; sebab masa tu aku tak ada WhatsApp lagi (dah belum dapat kerja tetap, nak cekau duit mana buat beli handphone canggih? Kan?) Abang Tih telah buat aku jatuh hati. Kuasa Tuhan, ye tak. Kalau dah namanya jodoh, Tuhan akan jentik hati kita tanpa kita sedar. Dan aku pun mula merisik-risik khabar dari orang yang kenal Abang Tih. Hasil risikan aku mendapati, Abang Tih single, belum berpunya, belum bertunang, dan sekarang (masa tu) tengah gila kereta. Aku pun mulakan misi mengurat secara terhormat. Hahaha

Sebulan lepas kejadian, ada orang tempah sate dan mama suruh aku SMS Abang Tih tanya dia nak selit order ke. Mama dah tahu anak dia ni dah berkenan dengan Abang Tih. Sebab aku ni jenis apa rahsia tak boleh simpan dari mama. Adehh. Abang Tih pun balas nak sate Rm10 10 bungkus. Wowww. Sebab dia nak sedekah kepada kawan-kawan. Makin kuat hati aku berkenan sungguh-sungguh kat Abang Tih. Safe to say, aku memang jatuh hati dengan akhlak orang ni.

Tapi aku tak adalah mesej dia 24/7. Kan dah cakap, terhormat. SMS aku akan datang sebulan atau dua bulan sekali. Tak nak tunjuk terhegeh-hegeh. Tapi dalam setiap SMS, mesti aku akan selit sesuatu yang boleh bagi hint kat Abang Tih bahawasanya aku ni ada hati kat dia. Tak faham satgi aku PANG. Alhamdulillah, Abang Tih faham (ni aku tanya lepas dah kahwin. Hahaha. Dulu main confident dalam berjaga-jaga je).

Julai 2014, aku dapat posting. Rezeki aku tak jauh. Sekolah kat kampung aku ni jugak. Which is also the same school where Abang Tih is teaching. Teringat lagi aku pernah tanya Abang Tih "OK ke saya posting sini?" maksud aku, dia tu lah. Rasa selesa tak kalau aku posting sini? Haha padahal dia yang patut tanya aku soalan tu kan. Sebab aku yang sepatutnya segan silu dah meluah. Oh by the way, aku dah meluah on 16 May 2014 sempena Hari Guru. Meluah pun straight to the point aje. Tak ada nak gedik-gedik. Sebab I was playing it safe. Kalau tak diterima, mana nak letak muka yang dah menggedik tu? Oh tak sanggup. Respond Abang Tih sebenarnya buat aku tertanya-tanya.

Selalunya, kalau kita tak suka orang, kita akan cakap "awak carilah yang lain lebih baik dari saya." Bagi aku, ini adalah ayat rejection. Tapi Abang Tih just cakap OK dan smiley-smiley. Jadi, dalam fikiran aku yang over confident dalam insecurity, orang ni pun ada hati kat aku tapi entah kenapa ada sesuatu yang buat dia rasa tak boleh nak luahkan perasaan kat aku. Haha perasan tak? Hehe. 2014 berlalu macam biasa. Aku masa ni dah ada handphone canggih. Dah boleh WhatsApp. Hehe. Sebulan kadang tu aku mesej dua kali. Kadang dua bulan jugak. Point is, jangan gedik. Buat dia rasa we are into him, but not too much.

Abang Tih tak pernah mesej aku dulu. Sebab tu lah aku mesej dia kadang sampai dua bulan sekali. Dan on February 2015, Abang Tih hantar WhatsApp tanya aku dapat EPW (Elaun Perumahan Wilayah) ke tak. Haha.Out of nowhere! On March, Abang Tih tanya aku sihat ke kenapa muka nampak pucat je during PTA Meeting. Dan on school break, Abang Tih pegi Labuan dan aku pesan coklat. Padahal aku tak minat coklat. Saja je berbasa-basi sebab orang nak pegi Labuan kan, kenalah bagi respon sikit. Dah nama pun tengah mengurat. Kekeke. Dan Abang Tih belikan aku coklat dan keychain dan fridge magnet! Hati dah kembang setaman.

Kitorang rapat on April 2015, lepas tu waktu cuti sekolah on May, Abang Tih balik kampung. Kawan baik dia kahwin. Dan mak Abang Tih tanya, bila nak kahwin? Mak cakap, paling lewat pun nak kahwin March 2016. Yelah, sebab Abang Tih dah 30 kan.

OK. TO BE CONTINUED.

1 comment:

Anonymous said...

Why you can't pay for a good online casino - KDAT
The main advantage of playing at a real online casino is the odds you can 메리트카지노 win when you play. You kadangpintar can even earn money from online casino promotions. 카지노사이트