Saturday, December 10, 2016

My Pregnancy Journey : Pertama Kali Berklinik

Bismillah. Assalamualaikum.

So beautiful! #pregnancy:

Entri dalam blog aku ni dah tunggang-langgang kejap bercinta kejap gi mancing jap lagi tetiba pregnant. Hehe. Sebab aku tak banyak masa sangat nak tulis blog. Bila ada kesempatan, rasa nak tulis apa yang bermain kat dalam kepala otak aje. Jadinya, tak ada kronologi. Hihi. Esok-esok ingat nak cerita pasal majlis kahwin kitorang pulak. Tulah, dulu rajin simpan diari. Bila dah bekerja, waktu malam memang diluangkan semata-mata untuk tidur dan cas tenaga sahaja. What a life.


OK. Nak cerita pengalaman pertama kali berklinik. Hari tu dah cerita macam mana reaksi aku bila dapat tahu positif mengandung, alhamdulillah kat SINI. Dan lepas tu pengalaman-pengalaman yang tak seberapa terperinci pun ada jugak selit sikit kat SINI. Dah kata kan entri melompat-lompat macam adrenalin dalam badan. Hehe. OK ceritanya macam ni.


Bila dah buat pregnancy test sendiri dan alhamdulillah, positif. Aku dan Abang Tih sepakat nak cek lagi sekali kat klinik. Tapi bukan klinik kawasan kitorang. Klinik yang jauh sikit. Sebab it's still too early for people to know. Sebab kawasan kampung, kan. Baru je pegi klinik berdua nanti riuh sekampung pasal Teacher Kak Yong dah mengandung. Kitorang dah sepakat tu keep it low key buat sementara waktu. Macam aku cakap sebelum ni, ianya sangat awal untuk dihebohkan and kandungan masa tu still fragile. Walaupun kita selalu berharap yang baik-baik, kita tak boleh jugak menafikan kemungkinan-kemungkinan lain yang mengecewakan nauzubillahiminzalikh.


Expect the best prepare for the worst-Muhammad Ali Jinnah Daily quotes http://quoteoftheday.liftupideas.com/:  

Lepas dah buat check up kat klinik dan sah mengandung 2 minggu, kitorang masih diam dan cuma beritahu mak ayah masing-masing je. Bila kandungan dah nak masuk 2 bulan, barulah aku daftar ke klinik kampung kitorang. Oh, masa buat check up kat klinik sebelum ni, dia bagi aku bekas untuk simpan air kencing. Bekas tu aku simpan untuk memudahkan urusan-urusan kemudian hari. Sebab setiap kali ke klinik, apparently aku kena bawak air kencing. Untuk yang pertama kali mengandung, mesti blur macam aku jugak, kan? Sebelum ke klinik tu, aku dah tanya mama siap-siap nak bawak dokumen apa untuk buat buku ibu mengandung. Oleh yang demikian, ini adalah senarai yang perlu dibawa ke klinik sewaktu hendak membuka buku ibu mengandung:

1. Salinan Kad Pengenalan Diri dan Pasangan

2. Salinan Sijil Nikah

3. Gambar Berukuran Pasport Anda dan Pasangan

(Pastikan bawak dua salinan untuk semua dokumen di atas sebab nanti kita akan buat dua buku. Satu buku yang kita pegang sendiri, dan satu lagi buku yang akan disimpan di klinik)

4. Air Kencing

Untuk lebih memudahkan urusan diri sendiri, bawaklah siap-siap bekalan air kencing dari rumah. Nanti terus je hantar air kencing tu ke makmal untuk ujian. Tak payah tunggu lama-lama. Dan lagi, aku sebenarnya tak selesa tadah air kencing kat tandas klinik. Rasa tak bersih je. Haha. Dan, pastikan jangan bawak air kencing banyak sangat sampai penuh satu bekas. Suku bekas pun dah cukup kut sebab dia nak celupkan kertas litmus je puunn (kertas litmus ke? HAHA). And frankly speaking, aku geli tengok air kencing orang banyak sangat dalam satu bekas tu lepas tu dibawak ke hulu ke hilir dalam klinik. Arghh. Senang cerita, aku penggeli. Aku kalau ke klinik memang akan bawak satu paper bag khas untuk simpan bekas air kencing yang tak penuh setengah pun tu dan bekas air kencing aku tu dibalut dengan tisu sebab aku malu nak tunjuk ke orang lain. Hehe. Tapi ikutlah pun keselesaan masing-masing. Ini cara aku. Pointnya, bawak air kencing siap-siap dari rumah. Senang.

Itu je kut. Lain-lain, pakailah baju yang selesa. Sebab takut karang kena tunggu lama pulak. Dan kebiasaannya, ibu-ibu mengandung ni cepat terasa panas. Hehe. Sebab, aku cepat berpeluh dan bila aku tanya orang lain memang semua akan cakap diorang cepat rasa panas.


Sebelum ke klinik tu, mood kena baik sebab kadang ada je nurse atau doktor yang buat kita rasa sakit hati. Ibu mengandung kan jiwa sensitif sikit. Hihi. Tapi, alhamdulillah sepanjang berklinik. setakat ni aku dapat layanan yang baik je dari staff nurse. Cuma hari tu je bila kena scan dapat doktor yang 'bekeng' sikit. Itu lain harilah aku cerita, kan? Hehe


Nanti bila dah berklinik, dia akan ambil darah lagi tau. Untuk ujian HIV. Bukan ibu mengandung je yang kena, pasangannya juga. Muahaha. Aku dan Abang Tih adalah spesies manusia yang takut jarum. Hence, dua-dua cuak bila doktor cakap nak ambil darah. Padahal cucuk sikit je pun. Untuk ibu mengandung pula, lepas tu ada ambil darah lagi tau. Untuk nak tahu jenis darah kita dan sebagainya (means aku tak tahu). Jarum dia besar. Dan dia akan cucuk tangan kita yang tempat urat tu yang tengah-tengah antara siku dan lengan tu. Dan dia ambil banyak penuh satu picagari. Dan..


Dan...


Dan...

Lepas diambil darah hari tu, aku...


NANGIS.


OKBAI.

No comments: