Tuesday, December 20, 2016

My Pregnancy Journey : It's a Twin!

Bismillah. Assalamualaikum.

Sekarang tengah duduk bersila atas katil. Alhamdulillah, kandungan dah masuk 25 minggu. Masih jauh lagi perjalanan sebelum bersalin. Aku ni asyik counting weeks aje sebab sesungguhnya hati ini dah sangat tak sabar nak melihat permata hati di ribaan. Aku tak tahu expecting mothers kat luar tu macam mana. Tapi aku, ada masanya akan mengalirkan air mata rindu tak sabar nak jumpa. Padahal tak pernah jumpa pun. Hehe. Dan setiap kali tengok cermin, aku akan tengok perut yang semakin hari dah semakin besar. Aku perati je Abang Tih duk senyum-senyum kalau aku dah usap-usap perut depan cermin. Kekeke

My favourite moment sejak mengandung ialah berkunjung ke klinik. Sebab, setiap kali ke klinik, aku akan tau baby aku sihat, jantung berdegup, dan kondisi aku pun sihat dan tak memudaratkan kandungan alhamdulillah. Sejak mengandung ni, alhamdulillah alahan tak ada. Eh dah cerita kan hari tu kat SINI. Cuma mabuk kereta dan semput-semput.

Dan, bila kandungan masuk 4 bulan hari tu, berat badan naik mendadak. Yelah, dah kata tak ada mabuk loya-loya bagai. Haruslah selera makan serupa naga. Doktor suruh minum air gula dan hairan kenapa aku tak pernah di'scan' padahal datang klinik awal dah hari tu. Sebulan pregnancy. Masa aku datang untuk scan tu, agaknya doktor tengah bad mood. Dan aku jadi mangsa keadaan. Sobsobs. Apa salah sayaaa T.T


Sebelum tu, doktor marah nurse. Kenapa baru rujuk aku pada dia. Rujuk doktor pun sebab berat badan naik 1.8kg lebih. Oh sebelum tu nak bagitahu. Klinik kat tempat aku ni klinik kawasan. Macam klinik desa tu la. Cuma, klinik ni ada doktor. Dua orang. Dua-dua perempuan alhamdulillah. Bukan salah sesiapapun, kan. Dah nasib aku dapat nurse yang akan berpindah. Jadi, dia sibuk kut sampai tak sempat nak rujuk kes aku ni. Lagipun, as I said, dari awal mengandung, alhamdulillah aku tak ada masalah serius. Nurse tu dah pindah dan aku sekarang di bawah seliaan nurse baru. Aku dapat nurse yang baik alhamdulillah. Hehe. Dan itu adalah penyebab kenapa aku suka ke klinik. Sebab boleh tanya soalan banyak-banyak kat nurse pasal baby dalam perut! :)


OK sambung kisah dimarahi doktor. Haha. Dan doktor pun bawak aku ke tempat untuk scan perut. First time. Nervous jugak la. Untuk adik-adik yang remaja, please jangan garu bahagian perut anda. Sebab bahagian perut adalah bahagian yang sangat cepat berbekas kudis dan parut tu tak hilanggg. Nanti bukan sahaja suami yang nak tengok, nurse dan doktor juga akan tengok keadaan perut kau tu. Hah.. Segan tak segan tak? Biar jelah rekahan perut ibu mengandung tu yang terjadi kat perut kau. Jangan ada parut garu-garu sebab gatal. Mak aku pesan, kalau uzur ataupun mengandung, elakkan sama sekali garu bahagian perut. Sebab pada masa ini, parut susah nak hilang.


Eh. Off topic pulak. Hah doktor tu tekan-tekan perut pastu aku kan cepat semput dan senak, maka berbunyilah aku sedikit. Doktor cakap 'sorry' dengan muka bekeng tak pandang aku langsung. Dia tak bagitahu pun tekan-tekan tu akan buat aku rasa sakit wuwuwu. I am not well prepared untuk kesenakan itu. Lepas tu, dia tekan sekali lagi kat bawah perut dan sekali lagi aku bunyi (eh macam mengada pulak aku ni. tapi it hurts!!) Doktor pandang aku, bulatkan mata dan cakap sorry pastu jeling. Wuwu dan lepas tu aku dah tak berani berbunyi. Bila aku tanya pulak dia asyik cakap 'sabar, nanti diterangkanlah'. Wuwuwu ampunkan saya, saya hanyalah seorang ibu yang teruja.


Tiba-tiba, doktor cakap, "Eh aktif pulak baby ni." Dan aku senyum. Tanpa banyak soal. Dan taknak dimarahi. Saya ibu berjiwa jeli. Lepas tu aku pelik sebab habis perut aku ni disapu benda melekit yang diletak kat perut sebelum letak scanner tu. Apa benda yang dicari tak jumpa I is risau! Tetiba doktor cakap, "Kejap. Ada dua kepala." Aku, mintak maaf aku lambat pick up. Masih blur selepas dimarah suruh baring diam-diam dan bersabar. Haha. Lepas tu, sorang lagi doktor masuk. Aku dengar doktor yang pertama cakap dua jantung. Pastu aku dengar twin lepas tu nurse masuk lepas tu nurse cakap bestnya twin dan masa tu aku dah nervous. Ya Allah. Serius??

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXUySLNJ1f1g3AkBiSbuzzboFsKWERZ18_p8o14oOPQIiWywNrffxlGAgPzU79Qs6n2L3k8iPZLnqpksv5LsWh4jIEKVdCo0qWNxmc9DFnKrONKlNP9uNj2ukRtDNQJvoMqMK8xGkTLSg/s1600/pregnant+with+twins.jpg
Sepatutnya, aku adalah manusia yang paling gembira kan? Haha. Tapi tak. Doktor tanpa ucapan tahniah, terus bentang satu-satu risiko mengandung kembar. Wuwu. Tanpa ada sugar coating cakap jangan risau ada juga ibu mengandung kembar yang selamat melahirkan tanpa ada masalah sila jaga kesihatan semua itu tak ada. Aku pun apalagi, terus Google risiko mengandung kembar to put salt in injury. Haha!


Dan aku tetiba hilang niat nak surprisekan Abang Tih aku mengandung kembar. Bila Abang Tih tanya apa doktor cakap aku tunjuk link kat handphone yang berlambak -Risiko Kandungan Kembar- haha kesiannya la pasangan baru ni. Tak tahu apa-apa. Balik tu, aku dan Abang Tih diam. Dua-dua risau. Aku pun terus ke dapur. Cari nak bedal apa. No wonder selera makan nauzubillah dan badan kembang semacam. Tengah bawak kembar rupanya. Tengah sibuk carik salad nak makan dengan mayonese, Abang Tih datang dari belakang dan cakap, "hey mama kembar". Ya Allah.. Masa tu Tuhan aje yang tahu betapa leganya rasa di hati bila tengok senyuman Abang Tih. Sebab aku dapat rasa, itu senyuman bahagia. Senyuman bangga. :') senyuman bangga bakal jadi ayah kembar.

Aku dengan naifnya tanya, "Abang Tih happy?"


Abang Tih cakap, "Mula-mula memanglah risau. Dengar doktor cakap macam tu lagi. Dan lagi, agak susah jugak kan nak jaga dua babies terus. Kita dah la belum berpengalaman (FYI, aku dan Abang Tih dua-dua takut nak dukung newborn babies). Tapi, bila Allah dah bagi, maksudnya Allah tahu kita mampu. Mesti ada hikmah. Jom fikir positif. Semoga anak-anak kita akan jadi anak yang soleh/solehah. Lagipun, tak semua orang dapat merasai pengalaman mengandung atau mempunyai anak kembar." Sambil senyum. Meleret.


Ya Allah, leganya. Sungguh. Dan lepas tu, aku rasa aku adalah antara manusia yang paling beruntung. Sebab kitorang mintak satu, tapi Allah bagi dua alhamdulillah. :)


Anak-anak, your mommy can't waint to see you! Semoga kita dipertemukan dalam keadaan sihat walafiat, aamiiin. Tuhan, peliharalah mereka di dalam kandungan hamba. :) 


p.s : Semoga semua pasangan yang menginginkan cahaya mata dimakbulkan Allah, aamiiin :)  


       

No comments: