Saturday, December 3, 2016

I don't work during holiday.

Bismillah. Assalamualaikum..


OK entri kali ni nak membebel sikit, boleh? Hehe. Umum mengetahui (pakai ayat skema sikit) bahawasanya sekarang sedang berlangsungnya upacara gilang-gemilang iaitu cuti sekolah akhir tahun yeay! Hihi. I am sorry I am a teacher hence I tend to get super duper excited about school holiday. Especially end of year holiday bila semua kerja dah settled fail semua dah tutup. Ya Allah leganyaaaa~~
 http://www.alphabetstreet.com.au/index.php/school-holiday-activities-melbourne-week-1/

Eh kan tadi dah cakap nak membebel. Kenapa off topic pulak ni cerita pasal cuti-sekolah-yang-panjang-dan-boleh-goyang-kaki-kat-rumah-dengan-kepala-otak-yang-ringan? STOP IT KAK YONG! We all know that you are in love with your holiday. Moving on. Cuti sekolah ni, apa yang aku buat adalah ignoring messages from my colleagues at school. HAHA kejam tak? Tak adalah total ignoring pun. Just logged out from Telegram je. Sebab kat situ ada group official sekali pentadbir semua ada dalam tu. Kekeke. I don't want to work during holiday sorryy.. 


hol·i·day
/ˈhäləˌdā/
noun
noun: holiday; plural noun: holidays
  1. a day of festivity or recreation when no work is done.

    "December 25 is an official public holiday"
    synonyms:


    day of observance, festival, feast day, fête, fiesta, celebration, anniversary, jubilee

    "Presidents' Day is a federal holiday
     HAHA. Gigih tak?
Image result
Sebenarnya nak cakap pasal these new applications WhatsApp and Telegram. True that these two have come in handy in managing tons of works. Boleh buat group discussion walaupun dah balik rumah, boleh hantar fail, gambar, and many more yang memudahkan urusan kerja lagi-lagi 'mengejut-serta-merta' kind of works. Bagi sekarang dan nak setel sekarang jugak. Phew. Tapi, seriously speaking, aku tak suka kewujudan dua benda ini. Reasons. OK meh aku lay out all the reasons which make me resent these two applications. Grrr

1. Menggalakkan budaya pemberian kerja secara mengejut.
Pentadbir, orang atasan boleh sesuka hati bagi kita task pada waktu bukan waktu bekerja. Dan kadang tu, diorang boleh bagi kita kerja yang dapat sekarang dan nak sekarang jugak, ataupun dalam masa satu jam. Woahh tak suka sangat kerja mengejut macam tu. Kalau kita tengah tak ada kerja tengah goyang kaki saja kat rumah tak apa jugak. Buatnya masa tu tengah drive ke, tengah ada urusan keluarga ke, orang sakit ke, tak ke menanmbah stress aje namanya tu?


2. Menggalakkan budaya saling 'bash' dalam kalangan pekerja.
 Kadang dalam group tu ada je orang yang suka menjatuhkan orang lain. Secara tiba-tiba hantar mesej yang sepatutnya boleh je kau hantar private kepada orang yang kau nak tujukan mesej tu. Tak payahlah hantar dalam group official yang ada pentadbir, kan? Motifnya? Dah tu ada je yang dah hantar private, pastu hantar pulak ke group WhatsApp lepas tu eh tak puas hati lagi hantar jugak ke group official yang ada pentadbir. Haila manusia macam-macam ragam. Kadang tu, lain yang nak disindir lain pulak yang marah. Haha. Kan dah jadi drama pulak tu. Tak ada etika, tak professional langsung manusia jenis macam ni.


Dua cukuplah kut kan. Ini antara sebab paling kuat yang membuatkan aku tak suka dengan dua application ni. Eh tak. Silap statement. I don't hate the applications, I just hate the attitudes of people who tend to misuse these applications. I mean, come on people. Tuhan tak bagi aplikasi tu akal, Tuhan bagi kita. Kitalah yang menjadikan sesuatu itu buruk atau baik dengan menggunakan akal yang Tuhan dah bagi itu sebaik-baiknya regardless of our religion.

OKBAI.

No comments: