Thursday, September 29, 2016

How I react to my first pregnancy.

Bismillah. Assalamualaikum.

How I react to my first pregnancy.

this would be cute for pictures of us, and Sylvie's art work for the baby.:
We have been married for almost 8 months. We got married on 7th February. The reason we chose that date was because I got family coming from Kota Kinabalu. They departed from home on Friday, hence they'll get tired after a long 9 hours journey. So if we had the reception on Sunday, they will get to rest the entire Saturday. One of my cousins is a teacher and she was pregnant at that time (now she is a happy mother to a very cute little baby girl). So she cannot come early as holiday only start on Saturday. I think she took her CRK on Friday that day. The week after was Chinese New Year holiday! Then everyone can rest after the tiring big day. Quite a planning, huh? Taknak menyusahkan orang punya pasal. You know, a lot have to be considered if you are planning a marriage. People could say the less the better, cut the budget yada yada. But it's your day and you can do whatever you want to make sure everyone is happy as long as you are happy too. Simple yet a bit complicated. But hey, I am not going to nag on that today. Today is all about my first pregnancy! 


So. Sebenarnya, kitorang dah plan on not having baby until after majlis 'Sambut Menantu' kat Terengganu. Bukan sebab nak plan nak melawan takdir ka apa. Tapi untuk kesenangan semua pihak termasuk diri sendiri. Some people are afraid to do so because they fear that they might not be granted with one. Bagi aku, tak apa kut. Itu rezeki. Kalau Allah nak bagi, Allah akan bagi jugak walau macam mana kita menolak. Kalau belum rezeki, Allah tak akan beri walau macam mana kita mencuba untuk conceive. Niat kitorang masa tu sebab nak memudahkan urusan majlis sambut menantu (sebab kalau mengandung karang muntah-muntah, pucat lesi, mood swing, rasa tak selesa pulak, kan..) dan jugak kitorang plan nak bentuk character baby in 40 days after marriage before trying to conceive. Maksudnya, membentuk karakter kitorang lah. Hehe


Selepas semua urusan dah setel, kitorang pun mencuba nasib. Ditakdirkan, beberapa kali jugak failed. And pertama kali tu, bercucuran jugaklah air mata ni. Hehe. Terfikir, aku ni tak subur ke? Dan sekarang baru aku tahu perasaan isteri-isteri yang belum dikurniakan zuriat. Mesti sedih kan tiap kali period datang. Rasa lemah badan betul. Pernah sekali tu, aku dah lambat lima hari. Berdebar-debar jugak rasa. Harapan pun berbunga-bunga dah sikit. Tapi, nak buat macam mana, on the 6th day, period datang. Kecewa lagi. Alhamdulillah, Abang Tih adalah seorang suami yang sangat memahami. Dia jenis manusia yang sentiasa berserah pada Allah dalam apa-apa hal. Sesuailah dipasangkan dengan aku yang cepat gabra tak tentu pasal ni. Cepat kalut.


Bulan puasa tu, asal je waktu berbuka, both of us akan doa banyak-banyak supaya dikurniakan baby. Hehe. Tak stress pun tiap kali orang tanya, sebab baru je lepas kahwin kan. Kalau setahun dua tu, I think I can feel the tense. Semoga semua suami isteri yang berkehendakkan zuriat akan dimurahkan rezeki secepatnya aamiiiinnn.. Finally, selepas sambutan birthday aku yang ke 27 pada bulan Julai lepas, period tak datang! Tapi, disebabkan pengalaman hari tu, tak nak dah berharap awal sangat. Tunggu sampai seminggu tepat. Kalau tak datang jugak, baru beli alat pregnancy test tu. And on the 8th day, kitorang pun pegi beli alat tu kat bandar. Lebih kurang sejam lah dari tempat kitorang tinggal. Agak pelik jugak sebab hari tu aku mabuk kereta padahal aku bukan jenis mabuk kereta sejak habis form 6. Sebab dah selalu sangat naik bas kan. Jadinya alah bisa tegal biasa dah tak mabuk kereta alhamdulillah. Lepas tu asyik rasa tak selesa aje. Rasa panas badan. Asyik berpeluh.


Dan malam tu, aku check senyap-senyap waktu Abang Tih tengah syok tengok TV. My first reaction? After dipping the pregnancy test dalam urine tu, rasa berdebar jugak kalau-kalau tak double line. Sebab tak pernah cuba dan tak pernah tahu fungsi alat ni. Lama lah aku ni menunggu line kedua tu muncul. Padahal kalau dah muncul line pertama, kira positif la tu kan? Hehe. Bila dah sah positif, alhamdulilllah! Senyum nipis. Sebab dalam gembira, terdetik jugak rasa takut aku dah ready ke untuk memikul tugas sebagai ibu? Dah ready ke nak melalui journey of pregnancy yang sudah semestinya menguji kesabaran? Yelah, nak menuju motherhood, kan. Mana boleh ujian cikai-cikai. Pastu, aku letak je alat tu atas peti. Abang Tih tak tahu lagi tu.

Lepas tu, aku pun pegi lah ruang tamu. Aku bagitahu lah Abang Tih mintak tolong ambil buku resepi tertingal lah pulak atas peti. Haha. Note that aku bukan pemberi surprise yang hebat. Pada masa itulah, segalanya terbongkarrr. Hee. Dan Abang Tih gave the same reaction as I did. Senyum nipis. Hee. Because I guess we were both scared if we are ready to parenthood. Banyak benda nak kena belajar. Tapi aku tahu, dalam hati Tuhan ajelah yang tahu betapa rasa tak sabarnya nak ada cahaya mata sendiri.


Nota kaki : Kitorang tak react as how we always see on TV. Dua laki bini hip hip horay sambil laki angkat bini lambung ke udara. Hehe. Hiperbola sangat. I mean overjoy yang tak ditunjuk lah. Dua-dua just senyum simpul nipis-nipis je. Mungkin sebab aku dan Abang Tih spesies manusia yang umur nak meningkat angka 30 pun perangai masih macam budak sekolah that's why kitorang ada rasa bit nervous. Hehe


Anyway, please oh please universe, doakan keselamatan aku dan baby. My due is April next year, in shaa Allah. Doakan ya! :)

mommy, daddy and baby feet! too cute! Must do this!:
Sungguh. Tak sabar :')