Thursday, July 21, 2016

Jamuan Raya 2C Minggu Depan

Bismillah.

Assalamualaikum.

In shaa Allah nak buat jamuan kelas lagi minggu depan. Tapi tak tahu nak menu apa. Tahu tak bilik mandi adalah tempat paling banyak idea keluar? Next time nak letak pen dan waterproof paper la dalam bilik air. Senang sikit.


Hence, minggu depan in shaa Allah nak buat jamuan dengan menu:

Nasi putih
Ikan bakar
Kerabu mangga
Telur dadar
Timun
Sambal belacan


Sekian.

OKBAI.


p.s Kadang, baik macam mana pun kau dengan orang, kau tunggu aje mood kus-kus dia datang dan kau akan dilayan sehambar-hambarnya. Lahai tempat kerja -.-

Monday, July 18, 2016

Bila Students Datang Beraya.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sekarang dah masuk 13 Syawal. Walaupun sebenarnya AidilFitri sehari je, tapi dah jadi kebiasaan orang kita beraya sebulan. #rayakansebulan. Aku beraya kat rumah mertua tahun ni. In shaa Allah, tahun depan kalau panjang umur beraya kat rumah mama pulak. Macam mana perasaan beraya kat rumah mertua? OK je sebenarnya. Sebab Abang Tih tak buat aku rasa macam beraya kat kampung orang lain. Abang Tih dan keluarga mertua semua buat aku rasa macam beraya kat kampung sendiri alhamdulillah.

Pagi-pagi raya tu aku call mama dan papa nak mintak ampun zahir batin halalkan semuanya sepanjang 27 tahun aku hidup ni. Perasaan dia lain macam jugak lah. Ada sebak di dada. Masa aku call tu, mama dengan papa dah pun pegi solat sunat AidilFitri. Sebab beza waktu Sabah dan semenanjung kan sejam. Aku pun kenapalah tak terfikir masa tu. Lepas balik dari masjid, aku pun call mama dan papa. Lepas dah puas borak dengan mama, borak dengan papa pulak. Dah siap sebak-sebak sebab kalau dengan papa feeling dia lain macam entah kenapa. Dah habis part mintak maaf, tetiba papa cakap "hah okaylah papa tengah beraya ni, tengah nak makan." Sekarang, bayangkan air mata yang baru nak menitis masuk balik ke dalam mata. -.-


Ngaaa~~ ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­


OK. Hari ni sebenarnya nak cerita pengalaman pertama sambut tetamu. Aku dengan Abang Tih baru je mendirikan rumah tangga Februari lepas. Sebelum ni aku tak pernah lah sambut tetamu sorang-sorang sebab tinggal dengan mama. Abang Tih pulak sebelum ni memang tinggal kat rumah tu. Jadinya, kalau ada students datang Abang Tih jamu dengan air yang dah siap beli je. Dan kalau ada kuih muih hidangkan aje. Selalunya, memang pelajar-pelajar lelaki geng dia ajelah pun yang datang.

Kali ni, ramai sangat students bagitahu nak datang rumah. Nak beraya. Allah. Nak pengsan jugak lah kan sebab drama queen sikit. Plan nak goreng mee je sebab paling simple. Kawan aku cakap, "simple tapi mewah". Sebab aku pakai mee basah kut. Pastu sayur-sayuran kemain banyak sebab aku suka colourful food. ðŸ˜œ Ada carrot, kubis, sawi dan cili.


I was not expecting this many actually. But one student posted about going to my house on WeChat and it got viralled. Well you know how kids and WeChat are 😜😜 . Sekarang baru lah aku tahu perasaan mama setiap aku aku cakap, "ma, ada kawan nak datang beraya." Penat wehh. Thank you mama. For many fond Raya memories.

Pengalaman pertama alhamdulillah settled, agak memenatkan. Tapi takpelah, sebab ada sorang dua students datang tolong. It was fun despite all the tiredness for you see happy faces with full stomach. Hehe. Sorang budak yang datang tolong satu hari cakap macam ni kat aku, "murah rezeki teacher hari ni. Ramai tetamu. Ya Allah, allahumma aamiiin ðŸ˜ƒðŸ˜ƒðŸ˜ƒ

  • p.s Untuk menjayakan sesuatu seperti ini, kerjasama di antara tuan rumah adalah sesuatu yang sangat penting. Dengan demikian, terima kasih sayang ðŸ˜ƒ

OKBAI.



Tuesday, July 12, 2016

Tips Balik Beraya Rumah Mertua dari Amatur.

Bismillah.

Assalamualaikum..

Hi dan selamat hari raya maaf zahir dan batin. 
Pertama kalinya buat blog yang dah lama terbelangkai kumohon ampun dan maaf 
sebab dah lama mangabaikan dirimu. 
Seterusnya buat minat menulis yang disuam kukukan dan tidak lupa buat otak yang malas diasah. 
Juga buat keinginan menulis yang ditangguh-tangguh. Ampuuuun!

Hari ni nak cerita pengatalaman pertama beraya di rumah mertua. 
Sebab dah ramai sangat orang kongsi.
Eh dulu sebelum aku kahwin tak ada pulak.
Ke aku tak ambil pusing benda tu semua?


Sebenarnya, aku baru je mendirikan rumahtangga pada bulan Februari yang lepas. 
Kiranya baru dalam lima bulan gitu la kahwinnya. 
Jadinya, pengalaman beraya sebagai menantu 
sebenarnya adalah pengalaman yang aku nervous nak tempuh.
Aku tak tahu pengalaman orang lain macam mana, tapi ini aku nak share sikit pengalaman yang aku dah kaut sikit-sikit alhamdulillah.

1. Jangan berkurung dalam bilik
Sejujur-jujurnya dari lubuk hati yang terdalam, 
aku amat berbulu bila orang asyik nak berkurung dalam bilik aje kerjanya. 
Teringat dulu, mama pernah ambil anak angkat sempena satu program ni, 
dan antara lima orang anak gadis yang diambil itu, 
tak ada seorang pun yang ringan tangan nak membantu mama kat dapur! Wow. 
Berbeza sungguh bila mama ambil anak angkat lelaki hari tu.. 
Kalau tak nak tolong tu, setakat menjenguk pun dah kira okay lah kan. 
Lama-lama berborak mesti kau akan automatik capai pisau atau apa-apa pekerjaan yang buat diri kau berguna. 
Tak adalah orang menyampah kau ada macam tak wujud je dalam rumah tu.

2. Tudung yang selesa.
Tudung. Tolong lah pilih tudung yang selesa untuk dipakai sepanjang hari. 
Ini bukan kat rumah sendiri ye boleh pecat tudung sesuka hati lepas tetamu dah beransur pulang. 
Lainlah kalau pak mertua kau je lelaki dalam rumah tu. 
Lepas tu, kalau kat rumah sendiri, 
aku boleh suka hati je nak tukar uniform tiap kali pinggan mangkuk dah bertimbun kat dapur. 
Kat rumah mertua, aku dah belajar cuci pinggan mangkuk pakai baju raya tanpa mengotorkan baju raya. Survival tak survival semata-mata nak pikat hati mertua. Eheh. 

3. Ikut permintaan mertua.
Ikut tu bukan bermaksud disuruh betulkan kipas yang rosak pun kau buat.
 Itu dah mendera diri sendiri tu. Ikut ni maksud aku, 
kalau mertua ajak beraya rumah sedara-mara tu, hah ikut ajelah. 
Bukan selalu pun kan. Yang aku ni, suami kerja jauh. 
Jarang-jarang balik kampung sampaikan kadang orang tak kenal. Kekeke. 
Lepas tu baru je kahwin kan. 
Jadi memang sesuai lah nak diperkenalkan dengan sedara mara cuti raya ni. 
Tak adalah terserempak kat mana-mana tak bertegur sapa padahal anak beranak aje kan. 
Lagipun, bukan selalu kannnn..

4. Pilih handphone yang camera cantik.
Ehhhh yang ni membantu jugak tahuuu. 
Orang akan kenal kau sebab camera gambar cantik. Haha.
Aku sebenarnya tak rancang pun beli handphone Lenovo S90 ni 
untuk pikat sedara mara. 
Beli hari tu sebab kawan nak kahwin dan kononnya nak travel all around Kedah dan nak tangkap gambar cantik-cantik pastu upload kat instagram ho ho ho! 
Aku ni camera memang cantik. Tapi.. Handphone cepat hang! Hahaha booo. 
Tapi jangan lah pulak 24jam asyik selpie je. 
Kalau macam tu baik berkurung aje dalam bilik -.-

5. Install photogrid atau apa-apa aje apps yang boleh edit gambar
This too helped! Haha. 
Ada sekali tu, aku bosan sangat dan hanya dikelilingi anak-anak buah. 
What i did was took their picture lepas tu editkan jadi puteri ke, pari-pari ke, laksamana hang tuah with pistol ke. 
Hah, mengekek jugak bebudak tu. 
I am a great aunt! Haha puji diri sendiri jap.

6. Sediakan duit raya.
Yang ni, aku tak galakkan la bagi yang bergelar suri rumah 
sebab kita faham jugak kan income dari suami. 
Tapi kalau suami selitkan duit raya untuk kita bagi tetamu yang bertandang 
atau warga tua yang kita ziarah tu, cun jugak.
Bagi je la budak-budak tu seringgit dua. 
Duit raya tu bukan nak tunjuk apapun. 
Saja nak menggembirakan hati kanak-kanak je. 
Dan selitkan duit raya untuk orang tua-tua yang kau pegi beraya rumah dia. 
Aku tak pernah buat macam ni. 
Tapi aku tengok suami buat, aku pun nak buat lah tahun depan in shaa Allah. 
Sebab orang tua-tua ni dia tak lupa tau benda-benda kecik macam ni. 
Selain menghakis sifat kedekut dalam diri, 
boleh jugak menghubungkan tali silaturrahim. In shaa Allah.

7. Ringankan mulut
Orang tua ni banyak cerita nak dikongsi. Layankan aje. Apa salahnya, kan. 
Kau dengar aje mak bapak mertua kau bercerita. Ada jugak faedahnya.
Mana tahu dia nak cerita pasal kesukaan dan ketidaksukaan suami ke. 
Hahh boleh tambah ilmu pengikat. Hiks!
Buat mak bapak mertua tu macam mak bapak sendiri. 
Kau nak ke orang buat tak layan ke dua orang tua kau? Taknak kannn. 
Hah jangan buat kat mak bapak orang lain. 
Lagipun, dah kahwin kan. 
Maksudnya mak bapak suami/isteri tu dah jadi mak bapak kita jugak. 
Buatlah baik selagi mampu..

Ini jelah kut setakat ni. 
Hari tu dah fikir nak tulis panjang berjela tapi sekarang dah terlupa 
sebab leher sakit terlentok-lentok dalam kapal. 
Ada kaitan ke?

Pernah dengar tak pepatah “when we marry someone, we marry their entire family”? 
Hah kalau dah kahwin dengan seseorang, 
maksudnya kita berkahwin dengan seluruh ahli keluarga dia. 
Jadi, macam mana kita layan keluarga kita, 
macam itulah hendaknya kita layan keluarga dia jugak. :)

p.s Ini bukan tips orang yang dah berpuluh tahun kahwin. 
Ini tips dari pengalaman orang yang baru aje nak kenal alam rumahtangga 
dan menulis untuk pedoman sendiri di masa akan datang.

Nah belanja gambar bunga durian dan laksa Terengganu kuah merah.



OKBAI.