Sunday, December 18, 2016

My Pregnancy Journey : 1st Trimester

Bismillah. Assalamualaikum.
Like the simplicity of this shot. Very sweet.

Hari tu aku dah cerita pengalaman pertama berklinik kat SINI. Hari ni nak cerita pengalaman aku sepanjang trimester pertama pulak.Bagi yang noob macam aku, mesti tak tahu pasal trimester ni kan? Trimester adalah peringkat kehamilan. Terimester pertama merangkumi minggu 1 hingga 12, trimester kedua adalah pada 13 hingga 27 minggu, dan trimester ketiga adalah minggu ke 28 sehingga bersalin. Trimester pertama adalah waktu hormon-hormon dalam badan ibu yang mengandung mulai berubah dan berkecamuk. Hehe. Jujur aku cakap, kalau aku belum mengandung lagi sekarang ni, aku tak tahu kut trimester dan peringkat-peringkat ni semua. Sesuatu yang agak disesali sebab sepatutnya aku dah baca tentang kehamilan sebelum kahwin lagi. Tidak ada istilah terlalu awal untuk mendalami sesuatu ilmu. Semua orang harus tahu itu. Terutamanya aku.


Selepas dah dapat tahu bahawasanya aku positif mengandung alhamdulillah, aku pun dah mula rasa sedikit perubahan. Sebelum ni rasa jugak kut. Tapi tak perasan sangat. Ini adalah perkara-perkara yang terjadi kat aku pada trimester pertama :


Morning Sickness

Alhamdulillah, aku tak ada morning sickness yang teruk. Pagi-pagi cuma rasa pening lepas tu dah gerak-gerak sikit dan dah sarapan, I will be back to normal. Cuma, setiap kali lepas makan banyak, aku muntahkan apa yang aku makan. Terutamanya waktu tengahari sebelum pergi sekolah. Tapi tak selalu. Dalam seminggu, sekali dua gitu je kut. Lagi, aku jadi mabuk kereta. Aku dah cerita sebelum ni kut. Asal masuk kereta je, mulalah rasa pening-pening. Lagi-lagi kalau jam manjang. Clogged road adalah musuh utama aku kalau naik kereta. Aku akan rasa angin satu badan lepas tu kepala jadi panas rasa nak muntah. Hence, sepanjang trimester pertama, aku selalu berbekalkan plastik muntah setiap kali nak ke bandar. Ke sekolah pun aku lebih suka naik motorsikal. Sampai ada je orang bising cakap ngandung naik motorsikal tak baik. Tapi nak buat macam mana, untuk keselesaan aku. Tak selesa karang tak dapatlah pulak masuk kelas mengajar. Hahh. Oh by the way, semua simptom yang aku alami ini dialami bersama dengan Abang Tih. Hihi. Abang Tih, pagi-pagi dah meludah-ludah sebab tekak rasa perit nak muntah. Hehee. Rasa kesian pun ada. Sebab orang lain yang pregnant, orang lain pulak loya-loya. Rasa sweet pun ada jugak. Sebab sama-sama merasa. Hihi


Perubahan Emosi

Sesungguhnya ketahuilah aku telah menjadi manusia yang sangat sensitif lebih-lebih lagi bab makan. Setakat ni, aku tak ada mengidam benda pelik-pelik lagi. Tapi, kalau dah lapar, rasa macam nak nangis aje sepanjang masa selagi tak makan. Hehe. Dan lagi, aku jadi sentimental sangat-sangat. Pernah sekali tu, tekak aku teringin nak minum milo panas. Lepas tu, aku request dengan Abang Tih. Kaki memang malas nak menapak ke dapur nak tunggu air masak bagai. Masa tu Abang Tih tengah ada kerja, jadi request aku terpaksa ditangguhkan kejap dalam 2 minit. Tak lama tu, tanpa dapat ditahan, air mata aku mengalir laju. Haha. OK tak lawak eh. Abang Tih pun gelakkan aje. Aku yang tadinya sendu ikut terkekek sama. Mana taknya, sebab milo panas ditangguh 2 minit pun dah teresak-esak. Ada masa-masanya, aku akan terasa hati dengan kata-kata orang dan fikir benda-benda mengarut, aku akan cepat-cepat positifkan diri. Ibu mengandung kena ingat satu, kena positif! It's for your baby :)


Perubahan Bentuk Fizikal

Bulan pertama aje aku dah naik berapa kilo entah. Lupa. (padahal tak nak bagitahu sebab BMI naik 27). Pipi kembang semangkuk. Dan lagi perut memang dah naik sikit. Membuncit tak surut. Kadang tu nampak macam masuk angin pun ada. Selain tu, kaki dah mula membengkak. Kalau pakai kasut dan selipar rasa tak selesa sangat. Dan, breasts membengkak. Kadang pedih in the morning. Hmm

Selera Makan

Selera makan aku memang menggila. Bayangkan aku boleh makan sepinggan penuh nasi lepas tu makan lagi sepinggan penuh mee goreng tanpa rasa senak perut. Semua benda masuk mulut. Pantang dipelawa. Huhu. Kan dah kata tak ada morning sickness -.-'

 
Kerap Membuang Air Kecil dan Besar

Aku adalah manusia yang setiap hari mesti membuang air besar sekali. Selalunya pada waktu pagi. Lepas mengandung. Aku dah membuang dalam dua tiga kali sehari. Sebelum tidur kena membuang air kecil dulu. Kalau tak, maka akan bangunlah seorang Kak Yong di tengah malam. Bangun pagi pulak dah tak payah pakai jam loceng. Pundi kencing memang akan menggila nak membuang.


Semput!

Yang ini, aku tak tahu normal atau tak. Aku memang cepat semput. Huhu. Kalau naik tangga nak ke bilik guru tu, kalau tak ada orang memang aku hembus dan tarik nafas sekuat mungkin! Dan sesungguhnya aku memang sangat tak larat nak berdiri lama-lama dalam kelas. Sampaikan sorang kakak tu cakap macam ni dalam meeting,

"Aku dulu mengandung aktif aje dalam kelas. Sampai 9 bulan pun masih larat. Jangan bagi alasan mengarut."

Walaupun kakak tu tak sebut nama, aku tahu yang dimaksudkan adalah aku. Walaupun aku belum bagi alasan mengarut saya cepat semput berdiri lama-lama. Kadang terfikir, memang simptom semua orang yang mengandung tu sama ke? Ataupun simptom aku ni tak normal ke?

Hmm. Bertabahlah, hati. 

Image result for simptom ibu hamil

Itu ajelah kut yang aku ingat. Hehe. Aku saja kongsi semua ni walaupun aku tahu berlambak website yang dah cerita pasal simptom-simptom ibu mengandung dari 1st sampailah 3rd trimester. Manalah tahu ada yang mengalami simptom yang sama dengan aku atau nak berkongsi simptom yang berlainan. Sebab as far as I am concern, tak semua kita mengalami pengalaman yang sama, kan? Hormon dan badan pun lain-lain.


Tapi, aku memang super pelik dengan selera makan, perubahan fizikal dan semput tu. Sampaikan entah dah berapa kali aku tanya kawan kat sekolah aku yang dah pernah mengandung, Kak Ana "kak, normal ke perut saya cepat membesar macam ni? Memang semua orang mengandung awal-awal dah semput gini ke?" Dan  kak Ana pun jawap, "setiap ibu mengandung tu lain-lain dugaan dan perubahan, tak sama. Normal lah ni."


Dan aku pun tenang. Hehe. Cukuplah dengan kata-kata orang yang tak membina. This is my body and my feeling. I am going to enjoy this very first experience tanpa rasa ragu-ragu! :)

p.s Semoga semua pasangan yang dah mendirikan rumah tangga akan dikurniakan cahaya mata aamiiiinn ;) 

No comments: