Wednesday, October 19, 2016

Kalau dah Jodoh versi Kak Yong : Part 1

Bismillah. Assalamualaikum.


Hari ni nak cerita apa ye? Boleh tak nak cerita kisah percintaan Abang Tih dan Kak Yong? Hee. Kalau tak boleh pun, kita bolehkan aje lah eh. Sebab otak dah tepu satu habuk idea pun tak ada.

Love is like the wind, you can't see it, but you can feel it.:
Ceritanya bermula pada penghujung 2013. Tak adalah hujung sangat pun. Dalam bulan Oktober kut. Oh untuk pengetahuan korang, mama ada bisnes sate. Selalunya, orang akan tempah banyak-banyak kalau ada jamuan, makan-makan, kenduri, majlis dan apa sahaja yang memerlukan sate di atas meja. Dan Abang Tih adalah salah seorang daripada peng'order' tetap. Yeke? Rasanya lah.


Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, Abang Tih order sate. Dan mama kebetulan dah habis kredit. Mama pun suruh lah anakanda dia ni SMS ke Abang Tih bagitahu jangan lupa pulangkan bekas. Haha. Aku pun, masa tu spesies manusia tak ada perasaan kalau mesej lelaki terus bagitahu hal penting aje tak ada masa nak tulis bunga-bunga. Sebab bagi aku, kalau aku tak kenal, aku malas nak menjaga hati orang tu. Lebih-lebih lagi lelaki. Jadi SMS straight to the point pun siap dihantar kepada si penerima. Tak lama lepas tu, aku dapat balasan, "Ok.. In syaAllah nanti saya pulangkan.." dan PAP! That SMS telah berjaya menusuk hati seorang Kak Yong berhati sado. 


Aku tak tahu what's with me dan bahasa. Tapi, sebagai guru bahasa, aku sangat mementingkan budi bahasa. Basa basi semua tu sangat penting kalau nak menarik minat aku. Dan lagi, SMS yang tak ada singkatan serta bertata tertib memang sangat aku sukai. Bagi aku, tulisan menggambarkan peribadi seseorang. Dan 1st impression aku tanpa melihat wajah Abang Tih adalah, dia adalah seorang lelaki berjiwa lembut dan bersopan santun gitulah. Sejujurnya, tanpa segan silu, aku dah jatuh hati. Tanpa melihat wajah, tanpa suara, tanpa jumpa!


Tak lama lepas tu, Abang Tih pun datang. Untuk pulangkan bekas. Mama, nak dijadikan cerita sebuah kebetulan, agak sibuk di dapur. Dan waktu tu, aku tengah taip apa entah kat ruang tamu. Masa tu aku tengah jadi guru PASTI. Belum dapat posting lagi. Dan mama pun suruh aku tengok Abang Tih kat luar terus ambil bekas. Aku pun sarung cardigan, sarung tudung, berdiri kat muka pintu. Aku biarkan aje Abang Tih kat hujung beranda. Dengan muka innocent dia. Bekas tu aku suruh aje letak atas pagar balkoni. Sebab aku tak pakai stoking. Nak tahu, dalam hati, aku rasa sejuknya lah hati tengok muka orang ni. Reduppp je. Masa dia datang tu, Abang Tih pakai kain pelikat dengan kopiah. HAHA. Aku tetap dengan muka hati batu kayu. Tapi, sesungguhnya ketahuilah, telah cair seorang Kak Yong di muka pintu.
To love is to be vulnerable.:

TO BE CONTINUED...

No comments: