Wednesday, October 5, 2016

My First Pregnancy Experience.

Bismillah. Assalamualaikum.

My first pregnancy experience.


Oh my goodness, someone needs to ask me to take pics of their baby so I can do…:
I am so sorry I still cannot move on with my first pregnancy. It is not all the same with pregnant mommies. Sesetengah mommies dapat alahan yang teruk and some just don't. Here's my experience.


I am now entering the 2nd trimester. Just finished the first. Alhamdulillah, setakat ini tak ada lagi alahan yang teruk-teruk. Abang Tih pun cakap perangai aku tak adalah pelik sangat. Awal-awal dulu, pagi-pagi je rasa macam nak muntah. Pening-pening lalat. Tapi kejap ajelah. Tak muntah pun. Selera makan, alhamdulillah okay. Sampai kadang tu aku tak tahu lah perut ni buncit sebab mengandung ke atau lemak tepu berlebihan. Hehe

Awal-awal tu, agak terasa hati jugaklah bila orang cakap dah makin gemuk, pakaian sendat (sebab pinggang melebar), and many more. Tapi bila fikir balik, I am going to celebrate these changes yang tak semua orang dapat rasa. Banyak benda jugak kena beli baru sebab dah tak muat secara perlahan-lahan. Yang dah mengandung, for sure tau. Yang belum tu dan baru nak mengandung tu, in shaa Allah awak semua akan tahu jugak nanti perasaannya mengembang. Tapi for some mommies, yang memang badan kecik tu tak ketara sangat kut the changes. Aku ni jenis tulang besar. Dan sejak bekerja ni, badan cepat sangat naik -.-'


For some mommies, ada yang tak boleh makan langsung sebab tak ada selera. Lepas makan asyik nak muntah aje. Ataupun makan sekadarnya aje nak hilangkan lapar. Tapi aku.. Selera makan dah meningkat. Lebih lagi dari sebelum ni. Bayangkan aku boleh habiskan sepinggan penuh nasi lepas tu melantak lagi sepinggan penuh mee goreng tanpa sedar. Bila dah licin baru perasan 'eh aku bukan baru je makan nasi ke?' -.-' kadang-kadang tu je lah muntah. Bila rasa makanan tu naik mencanak ke kerongkong.


Lain-lain perubahan, tak ada kut. Emosi pun alhamdulillah, okay. Kiranya emosi kalau nak datang bulan tu lagi teruk lah dari emosi masa mengandung ni. Tapi, one thing for sure, aku memang kuat tidur dan malas! This one thing (malas) aku nak ubah bit by bit. Kena paksa diri la kut kan. Sebab aku ni jenis manusia yang konservatif. Percaya pada petua orang tua-tua. Mama cakap, buat semua benda tu bersyarat. Contohnya, "Macam mana cepat aku buat kerja, in shaa Allah macam tu jugaklah cepat baby aku keluar nanti." Maksudnya, how we lead life sepanjang mengandung tu, akan ditunjukkan masa nak melahirkan besok.

Dear universe, doakan aku dan baby ya. Semoga dipermudahkan dan semoga dipelihara ibu dan anak ini.
 Cute little feet :) Cute baby photo ideas hand-picked by the Mamma Fashion team. Kids of all cuteness, belly laughs and total sweetness. - Mamma Fashion http://www.mammafashion.com/:

p.s Dear baby, I cannot wait to meet you. XOXO

No comments: