Friday, June 10, 2016

#Throwback 25.05.2016

Bismillah. 

Assalamualaikum.

p.s Ini bukan entri terkini. Entri ini ditaip pada 22 Mei ketika aku belum mempunyai blog.

Ahad lagi. Kenapa asyik tulis entry pada hari Ahad? Sebab hari lain sibuk bersiap nak ke sekolah nak masak itu ini malam dah penat idea pun sumbat. Ahad, sekali lagi Abang Tih pegi mancing dengan anak murid. Memancing ikan takpe, jangan mancing awek pulak!


HAHAHA. Isteri pencemburu buta nauzubillahiminzalikh.

Okay. Hari ni macam malas nak masak. Serius. Pernah tak rasa alahai malasnya nak masak padahal dah screenshot dan share berjuta-juta resepi kat Facebook? Itu tak masuk resepi yang buka kitab Google lepas tu dah siap print dan lakat depan pintu peti ais. Oh man. Eh aku cakap pasal diri sendiri bukan nak sindir sesiapa tau.

Sambung. Malas nak masak. So, aku tanak nasi aje dan rancang nak makan telur goreng buh kicap manis. Alhamdulillah dapat suami tak cerewet. Pelik pulak, kan? Waktu sibuk-sibuk weekdays rajin pulak nak menggulai ikan, buat nasi ayam, ikan 3 rasa bagai. Dah cuti sekolah rilek-rilek goyang kaki jadi malas pulak nak memasak.


Hari ni nak cerita pasal jamuan kelas. Tahun ni, selepas nak dekat tiga tahun jadi cikgu, buat pertama kalinya, aku jadi guru kelas. Guru kelas 2C. 

Perasaan sayang dan teruja tu jangan cakap lah. Memang lain macam. Macam nak jaga sampai tahun depan tapi takut bosan la pulak nanti. Sejujurnya, aku memang tak terer masak. Ini semua disebabkan zaman praktikal dulu duduk dengan kawan yang terer bab masak memasak. Oleh sebab aku ni tak suka persaingan dan perbandingan, (padahal takut masak tak sedap karang kena condemn) aku pun take over bahagian cuci mencuci aje. Kuali berkerak? Meh Kak Yong basuh sehingga berkilat. Dan lepas tu, good bye cooking skills yang tak berapa nak ada tu.

Oh sambung. Jamuan kelas. Alhamdulillah Abang Tih boleh tolong masak ayam masak merah ketumbar yang sedap. Aku pulak, buat bubur kacang. Lepas tu mintak tolong mama gorengkan bihun. Kekeke. Sebelum tu memang dah suruh bebudak goreng sosej, dan dah buat list menu sebab takut karang makanan bertindan pening pulak nak makan yang mana satu. Alih-alih tak luak la pulak makanan. Aku ni memang spesies manusia yang macam tu kut. Apa-apa hal kena ada list. Kalau tak, memang kelam kabut la dunia jadinya. Dan akhirnya, dengan seramai 33 orang anggota, kitorang sepakat menu jamuan kitorang adalah:

1. Bihun
2. Mee goreng (sorang students volunteer)
3. Nasi goreng kampung (sorang students volunteer)
4. Sosej (7 orang students, sorang satu bawak 1 packet yang dah digoreng dan dipotong 2)
5. Kuih-muih (5 jenis a.k.a 5 students)
6. Bubur kacang
7. Buah tembikai (5 students kumpul duit beli)
8. Air fanta merah (7 orang students, setiap seorang bawak 2 botol)
9. Mineral water

Mungkin sebab sekarang aku dah in love dengan rancangan masakan My Kitchen Rules, jadinya menu kena ada entree, main dish dan desert. Haha. Alhamdlulillah jamuan tu berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan, aku ni kalau dah bersemangat memang nak buat bertungkus lumus sangat. Untuk jamuan kali ni, budak-budak dapat hadiah birthday dan kehadiran penuh. Untuk birthday, aku buat sendiri aje goody bags. Kehadiran penuh, bagi sorang seringgit aje. Dengan sampul buatan sendiri jugak. Sebab dah malas sangat nak ke kedai. Cikgu-cikgu siap dapat invitation cards untuk ke jamuan kelas. Semoga berterusan lah semangat macam ni. Jangan lah lemah semangat dek halangan.








Okay. Sekarang nak makan bubur kacang yang aku baru je masak tadi. Sebab kacang hijau lepas jamuan tu masih berbaki. Sebelum mereka berakar di dalam beti, baiklah dibuat bubur.

OKBAI.

No comments: