Showing posts with label patience quotes. Show all posts
Showing posts with label patience quotes. Show all posts

Wednesday, December 7, 2016

Kalau dah Jodoh versi Kak Yong : Last Part

Bismillah. Assalamualaikum.

Image result for pinterest love

Hari tu dah cerita macam mana aku boleh terjumpa dengan Abang Tih, kan? Dan macam mana boleh rapat. Eh lupa nak cakap. Masa aku masuk universiti (yakni U yang sama dengan Abang Tih), masa tu jugaklah Abang Tih grad dan posting ke sekolah kat kampung aku ni. Pelik tak takdir? Aku masuk U tahun 2009 dan Abang Tih posting kat kampung aku on the same year. Tapi kitorang tak pernah ditakdirkan untuk berjumpa sampailah aku dah habis study dan mengajar kat PASTI. Tuhan suruh aku habis belajar dulu kut lepas tu belajar hafal doa pendek-pendek yang aku tak hafal lagi kat PASTI. Haha


OK hari tu dah masuk bab kitorang dah rapat dan Abang Tih balik kampung untuk bercuti pertengahan tahun. Mak dah tanya bila nak kahwin sebab tahun ni Abang Tih dah nak masuk 30 tahun. Tahun ni Abang Tih dah selamat menjadi seorang lelaki berumur 30 tahun yang dah pun berkahwin alhamdulillah. Mak cakap, paling lewat pun nak kahwin, Mac tahun depan. Maksudnya Mac tahun ni lah. Esoknya, Abang Tih pun tunjuk gambar aku kat mak. Dan mak pun okay. Walaupun aku orang Sabah. Jauh sebarang laut. Waktu Abang Tih tengah nervous-nervous kat kampung tunjuk gambar aku, aku tengah sakan bercuti kat kampung, Kota Kinabalu. Sampai ke Simpang Mengayau kat Kudat tu aku takhluk.


Tapi, masa tu Abang Tih tak cerita lagi apa jadi kat kampung. Abang Tih cakap, "tunggu saya balik sana, saya cerita." Ya Allah, kau orang mesti dapat bayang betapa tak sabarnya aku nak tahu cerita. Abang Tih suruh bersabar dan dengar lagu Qiara - Yang Terjadi Kan Tetap Terjadi. For the first time, aku jadi manusia yang sangat sabar menanti. Tak memaksa. Kalau yang dah kenal aku lama, mesti tahu nature pemaksa dalam diri aku ni. Selagi tak dapat, selagi tu paksa. Hehe. Kau orang pun cubalah dengar lagu tu. Very soothing, in shaa Allah. :') dan Mei pun berlalu dengan tenang.


On June, aku pulak main peranan. Perlahan-perlahan pujuk papa untuk terima kenyataan bahawasanya anak perempuan papa ni dah besar dan dah pun jatuh cinta. Bukan senang tau. Dalam adik-beradik, kitorang tak pernah cakap pasal kahwin depan papa. Nak pasang-pasangkan dengan orang lain sekadar gurau senda pun tak berani, inikan pulak nak cakap pasal kahwin. Debor wehhh~ alhamdulillah, respond papa, okay. Dan papa pun dah tak bising kalau aku kadang-kadang melekat dengan handphone. Tapi beringatlah. Ye tak. Takkan pegang handphone doplohpatjam. Itu biadap namanya. Dari O.K jadi K.O pulak karang plan suci murni aku nak bersuami. -.-'


Julai, tak ada apa sangat jadi. Kitorang just plan macam mana nak buat papa tahu Abang Tih lah orangnya yang aku suka dan macam mana nak buat permulaan untuk masuk merisik. Hehe. On August, Abang Tih datang merisik.Abang Tih datang merisik berdua aje dengan kawan dia berbekalkan sebiji tembikai pada waktu malam. Hehe. Waktu tu aku jadi warden kat sekolah. Jadinya, lepas setel je urusan Abang Tih kat rumah, aku terus call mama tanya macam mana respond papa. Alhamdulillah. Papa okay. I was officially booked. Bulan September cari barang hantaran, bulan Oktober bertunang. Oh by the way,ni nak tunjuk gambar tembikai yang Abang Tih bawak waktu merisik. Hehe. Ada bentuk hati. Tembikai pun merestui. ;')
Maka jadilah aku seorang tunang kepada Abang Tih pada 10 Oktober 2015. Papa yang pilih tarikh tu sebab kitorang plan seminggu sebelum tu. Saja nak cepat. Gatai. Haha. Papa cakap, kena ada masa bagitahu keluarga. Sebab keluarga aku bersepah dari Sabah sampai ke semenanjung. Hehe. Aku bertunang waktu Hari Sukan Negara. Ambil CRK. Abang Tih pegi sekolah kejap jadi pengadil futsal lepas tu chow pegi meminang orang. Hehe. Bertunang pun biasa-biasa je tak ada pelamin bagai. Cukup syarat je. Kitorang dah plan 5 berbalas 7. Save budget. Alhamdulillah family pun setuju aje. Barang-barang pun biasa-biasa je siap ada dulang kek, candies + chocolate (yang affordable) dan buah-buahan.

November, December, Januari adalah bulan-bulan nervous nak nikah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cerita pasal nikah, sanding semua next entri la pulak! :)


Kalau dah jodoh, cantik kan aturan Allah? :')

 
OKBAI.

Friday, December 2, 2016

Kalau dah Jodoh versi Kak Yong : Part 2

Bismillah. Assalamualaikum.

Ok nak sambung kisah percintaan Abang Tih dan Kak Yong. Serius aku rasa nak buat diari supaya details macam ni tak luput dari ingatan. Priceless. Nak sambung dari mana ya? Oh, Abang Tih datang dengan kain pelikat dan kopiah dan Kak Yong cair di muka pintu.
Dan kupu-kupu pun bertebangan membuat hati ku berdebar-debar.

Frankly speaking, I am not that kind of girl who easily fall for words or looks or money. Eh ini bukan  bangga diri tau. Sebab aku dah analisis diri sendiri. Haha Ya Allah macam takbur jugak tu. Tapi serius lah. Aku rasa memang tak mudah untuk jatuh cinta. Untuk jatuh suka, minat, nak tenung lama-lama dan angau dua tiga bulan mungkin senang. Tapi kalau nak pastikan aku betul-betul jatuh cinta dan bersedia untuk sebuah komitmen tanpa rasa nak muntah hijau, memang susah. Sebab aku jenis penggeli. Dulu pernah sekali aku minat kat seoarang lelaki ni. Lepas tu, dengar cerita dia suka kat aku. Mood minat aku pun automatik hilang. Just like that. Eh dah lah. Nak explain panjang-panjang dah kenapa. Cukup lah kan kalau dah tahu aku ni susah sikit nak jatuh cinta tahap tergolek-golek tak boleh nak bangun dah.

Tapi Abang Tih, hanya dengan sepotong SMS; sebab masa tu aku tak ada WhatsApp lagi (dah belum dapat kerja tetap, nak cekau duit mana buat beli handphone canggih? Kan?) Abang Tih telah buat aku jatuh hati. Kuasa Tuhan, ye tak. Kalau dah namanya jodoh, Tuhan akan jentik hati kita tanpa kita sedar. Dan aku pun mula merisik-risik khabar dari orang yang kenal Abang Tih. Hasil risikan aku mendapati, Abang Tih single, belum berpunya, belum bertunang, dan sekarang (masa tu) tengah gila kereta. Aku pun mulakan misi mengurat secara terhormat. Hahaha

Sebulan lepas kejadian, ada orang tempah sate dan mama suruh aku SMS Abang Tih tanya dia nak selit order ke. Mama dah tahu anak dia ni dah berkenan dengan Abang Tih. Sebab aku ni jenis apa rahsia tak boleh simpan dari mama. Adehh. Abang Tih pun balas nak sate Rm10 10 bungkus. Wowww. Sebab dia nak sedekah kepada kawan-kawan. Makin kuat hati aku berkenan sungguh-sungguh kat Abang Tih. Safe to say, aku memang jatuh hati dengan akhlak orang ni.

Tapi aku tak adalah mesej dia 24/7. Kan dah cakap, terhormat. SMS aku akan datang sebulan atau dua bulan sekali. Tak nak tunjuk terhegeh-hegeh. Tapi dalam setiap SMS, mesti aku akan selit sesuatu yang boleh bagi hint kat Abang Tih bahawasanya aku ni ada hati kat dia. Tak faham satgi aku PANG. Alhamdulillah, Abang Tih faham (ni aku tanya lepas dah kahwin. Hahaha. Dulu main confident dalam berjaga-jaga je).

Julai 2014, aku dapat posting. Rezeki aku tak jauh. Sekolah kat kampung aku ni jugak. Which is also the same school where Abang Tih is teaching. Teringat lagi aku pernah tanya Abang Tih "OK ke saya posting sini?" maksud aku, dia tu lah. Rasa selesa tak kalau aku posting sini? Haha padahal dia yang patut tanya aku soalan tu kan. Sebab aku yang sepatutnya segan silu dah meluah. Oh by the way, aku dah meluah on 16 May 2014 sempena Hari Guru. Meluah pun straight to the point aje. Tak ada nak gedik-gedik. Sebab I was playing it safe. Kalau tak diterima, mana nak letak muka yang dah menggedik tu? Oh tak sanggup. Respond Abang Tih sebenarnya buat aku tertanya-tanya.

Selalunya, kalau kita tak suka orang, kita akan cakap "awak carilah yang lain lebih baik dari saya." Bagi aku, ini adalah ayat rejection. Tapi Abang Tih just cakap OK dan smiley-smiley. Jadi, dalam fikiran aku yang over confident dalam insecurity, orang ni pun ada hati kat aku tapi entah kenapa ada sesuatu yang buat dia rasa tak boleh nak luahkan perasaan kat aku. Haha perasan tak? Hehe. 2014 berlalu macam biasa. Aku masa ni dah ada handphone canggih. Dah boleh WhatsApp. Hehe. Sebulan kadang tu aku mesej dua kali. Kadang dua bulan jugak. Point is, jangan gedik. Buat dia rasa we are into him, but not too much.

Abang Tih tak pernah mesej aku dulu. Sebab tu lah aku mesej dia kadang sampai dua bulan sekali. Dan on February 2015, Abang Tih hantar WhatsApp tanya aku dapat EPW (Elaun Perumahan Wilayah) ke tak. Haha.Out of nowhere! On March, Abang Tih tanya aku sihat ke kenapa muka nampak pucat je during PTA Meeting. Dan on school break, Abang Tih pegi Labuan dan aku pesan coklat. Padahal aku tak minat coklat. Saja je berbasa-basi sebab orang nak pegi Labuan kan, kenalah bagi respon sikit. Dah nama pun tengah mengurat. Kekeke. Dan Abang Tih belikan aku coklat dan keychain dan fridge magnet! Hati dah kembang setaman.

Kitorang rapat on April 2015, lepas tu waktu cuti sekolah on May, Abang Tih balik kampung. Kawan baik dia kahwin. Dan mak Abang Tih tanya, bila nak kahwin? Mak cakap, paling lewat pun nak kahwin March 2016. Yelah, sebab Abang Tih dah 30 kan.

OK. TO BE CONTINUED.

Wednesday, October 19, 2016

Kalau dah Jodoh versi Kak Yong : Part 1

Bismillah. Assalamualaikum.


Hari ni nak cerita apa ye? Boleh tak nak cerita kisah percintaan Abang Tih dan Kak Yong? Hee. Kalau tak boleh pun, kita bolehkan aje lah eh. Sebab otak dah tepu satu habuk idea pun tak ada.

Love is like the wind, you can't see it, but you can feel it.:
Ceritanya bermula pada penghujung 2013. Tak adalah hujung sangat pun. Dalam bulan Oktober kut. Oh untuk pengetahuan korang, mama ada bisnes sate. Selalunya, orang akan tempah banyak-banyak kalau ada jamuan, makan-makan, kenduri, majlis dan apa sahaja yang memerlukan sate di atas meja. Dan Abang Tih adalah salah seorang daripada peng'order' tetap. Yeke? Rasanya lah.


Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, Abang Tih order sate. Dan mama kebetulan dah habis kredit. Mama pun suruh lah anakanda dia ni SMS ke Abang Tih bagitahu jangan lupa pulangkan bekas. Haha. Aku pun, masa tu spesies manusia tak ada perasaan kalau mesej lelaki terus bagitahu hal penting aje tak ada masa nak tulis bunga-bunga. Sebab bagi aku, kalau aku tak kenal, aku malas nak menjaga hati orang tu. Lebih-lebih lagi lelaki. Jadi SMS straight to the point pun siap dihantar kepada si penerima. Tak lama lepas tu, aku dapat balasan, "Ok.. In syaAllah nanti saya pulangkan.." dan PAP! That SMS telah berjaya menusuk hati seorang Kak Yong berhati sado. 


Aku tak tahu what's with me dan bahasa. Tapi, sebagai guru bahasa, aku sangat mementingkan budi bahasa. Basa basi semua tu sangat penting kalau nak menarik minat aku. Dan lagi, SMS yang tak ada singkatan serta bertata tertib memang sangat aku sukai. Bagi aku, tulisan menggambarkan peribadi seseorang. Dan 1st impression aku tanpa melihat wajah Abang Tih adalah, dia adalah seorang lelaki berjiwa lembut dan bersopan santun gitulah. Sejujurnya, tanpa segan silu, aku dah jatuh hati. Tanpa melihat wajah, tanpa suara, tanpa jumpa!


Tak lama lepas tu, Abang Tih pun datang. Untuk pulangkan bekas. Mama, nak dijadikan cerita sebuah kebetulan, agak sibuk di dapur. Dan waktu tu, aku tengah taip apa entah kat ruang tamu. Masa tu aku tengah jadi guru PASTI. Belum dapat posting lagi. Dan mama pun suruh aku tengok Abang Tih kat luar terus ambil bekas. Aku pun sarung cardigan, sarung tudung, berdiri kat muka pintu. Aku biarkan aje Abang Tih kat hujung beranda. Dengan muka innocent dia. Bekas tu aku suruh aje letak atas pagar balkoni. Sebab aku tak pakai stoking. Nak tahu, dalam hati, aku rasa sejuknya lah hati tengok muka orang ni. Reduppp je. Masa dia datang tu, Abang Tih pakai kain pelikat dengan kopiah. HAHA. Aku tetap dengan muka hati batu kayu. Tapi, sesungguhnya ketahuilah, telah cair seorang Kak Yong di muka pintu.
To love is to be vulnerable.:

TO BE CONTINUED...

Friday, October 7, 2016

Kuat atau Lemah?

Bismillah. Assalamualaikum.

Kuat atau lemah kah aku?


Kebelakangan ini, tekanan di tempat kerja selalu membuat aku rasa sakit kepala. Only Allah knows. Serabutnya ya Allah dengan kerja ad hoc. Orang atasan boleh suka hati aje bagi kerja on the dot tanpa notis awal. Dan kadang-kadang tu, ada pulak orang atas yang suka menyalahkan kita dan nak kita nampak buruk di mata semua orang. Serius, aku tak pernah rasa sebodoh ini. Dah macam black sheep pulak rasanya dalam organisasi.


Baru-baru ni, tengah lepak dengan kengkawan kat kantin, semua orang cakap pasal lawan. Counterattack. Jujur, sebelum ini, I am a person yang tak boleh diprovok. Provok aje sikit, mula lah aku nak melenting. Hahh. Tapi kat sini, kat tempat kerja baru ni, tak adanya aku nak melawan. Kawan-kawan cakap, aku lembik. Nama aje anak sulung -.-


Tapikan, setakat ni, aku rasa tak bekerpeluan nak melawan si pemprovok tu. Sebab setakat ni all she did were provoking online, buat status FB dan marah-marah kat telegram dan whatsapp, cakap belakang lepas tu menyindir dalam meeting. Tak pernah lagi dia bersemuka dengan aku cakap terus terang. Geram jugak kadang bila dapat tahu muka punya main manis kat depan tapi belakang tikam bertubi-tubi. Sabarlah Kak Yong. KESABARAN ITU TIADA BATAS. Kalau ada batasnya, maksudnya tak sabar la tu. Ye tak?
......................:
Sabarlah selagi mampu, Kak Yong. Selagi orang tu tak melampaui batas, bersabarlah.

get minimalist design essentials and lifestyle goods delivered to you quarterly…:
p.s Abang Tih cakap, ini bermaksud, aku dah matang! HAHA. Sebelum jadi ibu, mama kenalah matang, kan sayang? I will improve myself for you, anak :')