Bismillah. Assalamualaikum.

Hari
tu dah cerita macam mana aku boleh terjumpa dengan Abang Tih, kan? Dan
macam mana boleh rapat. Eh lupa nak cakap. Masa aku masuk universiti
(yakni U yang sama dengan Abang Tih), masa tu jugaklah Abang Tih grad
dan posting ke sekolah kat kampung aku ni. Pelik tak takdir? Aku masuk U
tahun 2009 dan Abang Tih posting kat kampung aku on the same year. Tapi
kitorang tak pernah ditakdirkan untuk berjumpa sampailah aku dah habis
study dan mengajar kat PASTI. Tuhan suruh aku habis belajar dulu kut
lepas tu belajar hafal doa pendek-pendek yang aku tak hafal lagi kat
PASTI. Haha
OK
hari tu dah masuk bab kitorang dah rapat dan Abang Tih balik kampung
untuk bercuti pertengahan tahun. Mak dah tanya bila nak kahwin sebab
tahun ni Abang Tih dah nak masuk 30 tahun. Tahun ni Abang Tih dah
selamat menjadi seorang lelaki berumur 30 tahun yang dah pun berkahwin
alhamdulillah. Mak cakap, paling lewat pun nak kahwin, Mac tahun depan.
Maksudnya Mac tahun ni lah. Esoknya, Abang Tih pun tunjuk gambar aku kat
mak. Dan mak pun okay. Walaupun aku orang Sabah. Jauh sebarang laut.
Waktu Abang Tih tengah nervous-nervous kat kampung tunjuk gambar aku,
aku tengah sakan bercuti kat kampung, Kota Kinabalu. Sampai ke Simpang
Mengayau kat Kudat tu aku takhluk.
Tapi,
masa tu Abang Tih tak cerita lagi apa jadi kat kampung. Abang Tih
cakap, "tunggu saya balik sana, saya cerita." Ya Allah, kau orang mesti
dapat bayang betapa tak sabarnya aku nak tahu cerita. Abang Tih suruh
bersabar dan dengar lagu Qiara - Yang Terjadi Kan Tetap Terjadi.
For the first time, aku jadi manusia yang sangat sabar menanti. Tak
memaksa. Kalau yang dah kenal aku lama, mesti tahu nature pemaksa dalam
diri aku ni. Selagi tak dapat, selagi tu paksa. Hehe. Kau orang pun
cubalah dengar lagu tu. Very soothing, in shaa Allah. :') dan Mei pun
berlalu dengan tenang.
On
June, aku pulak main peranan. Perlahan-perlahan pujuk papa untuk terima
kenyataan bahawasanya anak perempuan papa ni dah besar dan dah pun
jatuh cinta. Bukan senang tau. Dalam adik-beradik, kitorang tak pernah
cakap pasal kahwin depan papa. Nak pasang-pasangkan dengan orang lain
sekadar gurau senda pun tak berani, inikan pulak nak cakap pasal kahwin.
Debor wehhh~ alhamdulillah, respond papa, okay. Dan papa pun dah tak
bising kalau aku kadang-kadang melekat dengan handphone. Tapi
beringatlah. Ye tak. Takkan pegang handphone doplohpatjam. Itu biadap
namanya. Dari O.K jadi K.O pulak karang plan suci murni aku nak
bersuami. -.-'
Julai,
tak ada apa sangat jadi. Kitorang just plan macam mana nak buat papa
tahu Abang Tih lah orangnya yang aku suka dan macam mana nak buat
permulaan untuk masuk merisik. Hehe. On August, Abang Tih datang
merisik.Abang Tih datang merisik berdua aje dengan kawan dia berbekalkan
sebiji tembikai pada waktu malam. Hehe. Waktu tu aku jadi warden kat
sekolah. Jadinya, lepas setel je urusan Abang Tih kat rumah, aku terus
call mama tanya macam mana respond papa. Alhamdulillah. Papa okay. I was
officially booked. Bulan September cari barang hantaran, bulan Oktober
bertunang. Oh by the way,ni nak tunjuk gambar tembikai yang Abang Tih
bawak waktu merisik. Hehe. Ada bentuk hati. Tembikai pun merestui. ;')
Maka
jadilah aku seorang tunang kepada Abang Tih pada 10 Oktober 2015. Papa
yang pilih tarikh tu sebab kitorang plan seminggu sebelum tu. Saja nak
cepat. Gatai. Haha. Papa cakap, kena ada masa bagitahu keluarga. Sebab
keluarga aku bersepah dari Sabah sampai ke semenanjung. Hehe. Aku
bertunang waktu Hari Sukan Negara. Ambil CRK. Abang Tih pegi sekolah
kejap jadi pengadil futsal lepas tu chow pegi meminang orang. Hehe.
Bertunang pun biasa-biasa je tak ada pelamin bagai. Cukup syarat je.
Kitorang dah plan 5 berbalas 7. Save budget. Alhamdulillah family pun
setuju aje. Barang-barang pun biasa-biasa je siap ada dulang kek,
candies + chocolate (yang affordable) dan buah-buahan.
November,
December, Januari adalah bulan-bulan nervous nak nikah. Alhamdulillah
semuanya berjalan lancar. Cerita pasal nikah, sanding semua next entri
la pulak! :)
Kalau dah jodoh, cantik kan aturan Allah? :')
Kalau dah jodoh, cantik kan aturan Allah? :')
OKBAI.
No comments:
Post a Comment