Thursday, June 16, 2016

06.06.2016 : Sangka baik

Bismillah.

Assalamualaikum.

Agak lama jugak tak menulis since last entry hari tu. Sebabnya, aku sibuk kemas-kemas rumah nak balik kampung suami. Orang yang kahwin dengan orang jauh macam ni lah. Kena gilir-gilir balik kampung. Sepatutnya cuti pertengahan penggal ni kitorang nak jalan-jalan ke Kota Kinabalu balik kampung aku. Tapi, papa cakap aktiviti berjalan-jalan kena dikurangkan. Adik bongsu aku, Wawa nak UPSR tahun ni. Hence, kitorang pun sepakat bahagi dua aje cuti ni. Seminggu di Tawau dan seminggu lagi di Terengganu.

Sekarang dah masuk minggu kedua cuti pertengahan penggal bersamaan Ramadhan ke-2. Ramadhan hari pertama, aku dan suami dah sepakat nak bersahur di rumah mama dan berbuka di rumah mak. Maksudnya, kitorang akan berpuasa lebih satu jam berbanding orang lain (baca : family kat Sabah). Perbezaan waktu Sabah dan Semenanjung semua orang pun tau kan? No need further explanation. Alhamdulillah, okay je. Orang Islam kat negara yang sedang bergolak tu berpuasa setiap hari dan sepanjang hari tak ada masalah pun. Takkan aku yang puasa terlebih satu jam je nak kecoh, kan?

Sampai aje kat kampung Abang Tih, aku, Abang Tih dan Munirah (adik ipar) terus ke bazaar. Wahh tak menyempat tunggu esok ye. Excited berbuka di tempat orang lah katakan. Sesampainya di sana.. 
Bazaar tu ya Allah sesaknya! Sebab kitorang pegi pun dah pukul 6. Kena berasak-asak. Perasaan yang tadinya excited terlebih, akhirnya jadi perasaan biasa-biasa aje. Sebab nak mencelah tengok kuih pun tak dapat. Akhirnya, kitorang beli seekor ayam pusing. Tak nak kerat pulak tu sebab konon nak makan macam omputeh makan ayam belanda kat dalam TV. Kahkah

Malamnya pulak, kitorang pegi teraweh. 
Rumah suami aku ni dekat je dengan surau. Beberapa tapak aje. Best tak best? 
Kiranya kalau orang tengah azan tu dan kau belum mandi, silakan mandi dulu, 
lepas tu masih sempat ikut imam rakaat pertama. 
Nak menggambarkan betapa dekatnya rumah suami dengan surau.

Aku memang plan nak ambil 8 rakaat aje sebab kepala bukan main pusing. 
Penangan ayam pusing ke apa ni? Hehe. Jet-leg la. Kan dah cakap jet-leg. 
Suami cakap nak ambil 20 rakaat. 
Aku, masa suami cakap nak ambil 20 rakaat tu, mata bersinar-sinar macam katun Jepun yang happy sambil genggam tangan letak kat dada. 

Dan aku pun berhasrat nak 20 rakaat jugak.

Tapi... Apakan daya, kepala pusing membuatkan badan berpeluh-peluh. 
Telekung pun dah jadi busuk sebab rambut tak basuh lagi. Lepas tu dibanjiri pulak dengan peluh. Memang angkat bendera putih. 
Lepas ambil witir 3 rakaat, aku pun menapak balik. 
Dalam hati, Ya Allah, beruntungnya suami dalam keadaan penat-penat masih jugak gigih nak ambil 20 rakaat. 
Sampai aje aku kat rumah, nampak selipar yang dikenali depan pagar. 
Dalam hati masih tak syak apa-apa. 
Buka aje pintu, aku dengan adik ipar aku, Noreni cakap 
“bagi kat pak tih (panggilan untuk suami kepada anak-anak buah)”. 
Pun masih tak fikir apa. Naik aje ke ruang tamu, aku dah nampak dah sesusuk tubuh yang sangat dikenali! HAHA

Suami pun dah senyum-senyum. 
Aku memang dah agak. Kepala mesti pusing punya. Apa taknya, pening kat kapal tak habis lagi, pegi pulak meronda bazaar yang berasap-asap dan sesak tu. Kehkehkeh


Esok in shaa Allah kita buat 20 rakaat eh, sayang?

OKBAI.

Monday, June 13, 2016

2 Jun 2016 : Memancing Haruan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Tajuk macam budak tadika sikit. -.-"


Hari ke 5 bercuti pertengahan tahun. Hari ni takde apa sangat yang dibuat. Oh hari ni nak lipat kain padahal dah dua hari berjanji nak lipat. Sejujurnya, aku adalah spesies manusia yang suka lipat kain dibandingkan dengan cuci kain. Sebabnya, aku suka duduk depan TV berjam-jam. Hihi


 Sebenarnya nak cerita what happened on 1st June. Hari tu dah plan nak pegi mancing bersama-sama mama dan papa. Abang Tih dah belikan mama, papa dan adik-adik pole sorang satu. Benda macam ni, kena diingat selalu. Sebab dalam alam rumah tangga, banyak benda yang akan buat kita terasa hati. Manusia kut yang kahwin, bukan kayu. Yelah, kita kan baru je nak kenal hati budi masing-masing. Mengenali true colours masing-masing. Setiap hari dan masa kita akan menghapad orang yang sama. Yang pernah duduk serumah dengan kawan baik tu faham la kut. Perempuan pulak, emosinya melampau-lampau.  Kadang tu macam roller coaster. Lagi-lagi bila bulan mengambang. Sensitif ya amat! Lebih-lebih lagi aku. Hence, kena ingat benda-benda sweet yang suami buat. Dari sekecil-kecil kuman hinggalah ke sebesar-besar alam.

http://www.decathlon.co.uk/C-811656-fishing-poles-and-whips
Lebih kurang lah macam ni fishing polenya. Dalam tu ada tangsi. Hahhh

Kitorang bertolak dalam pukul 10++++ gitu. Oh, kawan aku, Azlin join sekali. Dia ni kawan sejak sekolah rendah. Mungkin satu-satunya sahabat aku kat kampung. Disebabkan perangai kera-sumbang-suka-duduk-rumah-dan-akhirnya-sambung-belajar-jauh-jauh, aku cuma ada seorang ni je lah sahabat kat kampung. Tapi, sekolah jauh-jauh pun banyak manfaat, sahabat bersepah merata tempat. Hah. Bila aku cakap sahabat, aku tak maksudkan kawan yang sekadar datang makan kat kenduri kahwin atau ucap tahniah pada gambar baru yang kau upload atau kawan yang sekadar say hi apa khabar bila kau lost someone. Aku maksudkan kawan yang selalu ada bila kau perlu. Tak perlu selalu like gambar atau status kat Facebook, WeChat, Instagram atau apa tah lagi. Aku maksudkan kawan yang akan marah pada orang yang buat kau sedih, kawan yang ikut nangis bila kau ditimpa musibah, kawan yang tolong hilangkan nervous nak kahwin and bonus berada bersama kau sepanjang proses nak melangkah ke alam perkahwinan, kawan yang tahu baik buruk kau, sejarah silam sekarang dan masa akan datang (eh masa akan datang tak. kecuali kalau kau bersahabat dengan tok nujum) kawan yang mati-mati mempertahankan kau di belakang, dan kawan yang akan guna gambar kau yang paling hodoh untuk ugutan seumur hidup. Damn it -.-

Eh, okay. Aku dah banyak melalut. Aku nak cerita pasal mancing laaaaaa..

News flash, Azlin ni buat pertama kalinya dalam seumur hidup, memancing. Hah, bangga tak termasuk dalam pengalaman pertama kali seseorang? Let say Azlin tulis diari, dia akan tulis

"1 Jun 2016, buat pertama kalinya aku pergi memancing. Pengalaman pertama ini disertai Kak Yong. Terujanya! *giggle *giggle"

 HAHAHA. Cut the crap. Azlin tak macam ni. OK moving on.

Dalam tiga tempat jugak kitorang pegi. Tapi hempeh, tak ada seekor pun ikan besar yang sangkut. Mama dengan papa je yang dapat. Mama dapat dua ekor dan papa dapat seekor. Besar. Ikan haruan. Yang kitorang dapat cumalah ikan kecik-kecik yang kalau simpan dalam akuarium pasti akan dibaham ikan puyuh sebesar dua jari tu. Azlin dapat tiga ekor ikan. Wah not bad for a first timer. Aku? Dapat dua. Tapi yang satu tak kira kut. Sebab masa ikan tu ngap umpan aku, Azlin was the one holding the pole sebab aku tengah pasang umpan dia. Ergh. Abang Tih? Aku tak tahu berapa Abang Tih dapat sebab dia suka mancing jauh-jauh dari masyarakat. 

Hm asal mancing aje, lupa terus isteri kat sini eh. *tsk tsk

Hehe. Kiddinggggg

To be honest, aku bukan kaki pancing. Dan aku bukan penyabar. Maksudnya, aktiviti memancing adalah amat tidak sesuai untuk aku. Tapi, I love anything yang buat orang lain happy dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kiranya aku ni family person la. Aku rasa la. #jangankecamsaya. Kegembiraan orang lain tu jadi macam energy charger. Bila orang lain gembira, automatik perasaan tak sabar dan penat tu hilang. Poof! Aku happy bila tengok mama, papa, Azlin dan Abang Tih happy. Wee~

Dan oh saat paling manis bila mana papa dan Abang Tih saling berganding bahu mengalihkan pelepah sawit dari tebing sungai sebab ikan-ikan bersembunyi dalam lubuk tepi tu. Walaupun akhirnya kitorang pegi mancing tempat lain sebab tempat tu scorching hot dan tak ada satu ikan pun yang sangkut lepas sejam tunggu. Ceit!

OKBAI.

p.s Gambar lain nanti update balik sebab bluetooth kat laptop ni hilang

Friday, June 10, 2016

#Throwback 25.05.2016

Bismillah. 

Assalamualaikum.

p.s Ini bukan entri terkini. Entri ini ditaip pada 22 Mei ketika aku belum mempunyai blog.

Ahad lagi. Kenapa asyik tulis entry pada hari Ahad? Sebab hari lain sibuk bersiap nak ke sekolah nak masak itu ini malam dah penat idea pun sumbat. Ahad, sekali lagi Abang Tih pegi mancing dengan anak murid. Memancing ikan takpe, jangan mancing awek pulak!


HAHAHA. Isteri pencemburu buta nauzubillahiminzalikh.

Okay. Hari ni macam malas nak masak. Serius. Pernah tak rasa alahai malasnya nak masak padahal dah screenshot dan share berjuta-juta resepi kat Facebook? Itu tak masuk resepi yang buka kitab Google lepas tu dah siap print dan lakat depan pintu peti ais. Oh man. Eh aku cakap pasal diri sendiri bukan nak sindir sesiapa tau.

Sambung. Malas nak masak. So, aku tanak nasi aje dan rancang nak makan telur goreng buh kicap manis. Alhamdulillah dapat suami tak cerewet. Pelik pulak, kan? Waktu sibuk-sibuk weekdays rajin pulak nak menggulai ikan, buat nasi ayam, ikan 3 rasa bagai. Dah cuti sekolah rilek-rilek goyang kaki jadi malas pulak nak memasak.


Hari ni nak cerita pasal jamuan kelas. Tahun ni, selepas nak dekat tiga tahun jadi cikgu, buat pertama kalinya, aku jadi guru kelas. Guru kelas 2C. 

Perasaan sayang dan teruja tu jangan cakap lah. Memang lain macam. Macam nak jaga sampai tahun depan tapi takut bosan la pulak nanti. Sejujurnya, aku memang tak terer masak. Ini semua disebabkan zaman praktikal dulu duduk dengan kawan yang terer bab masak memasak. Oleh sebab aku ni tak suka persaingan dan perbandingan, (padahal takut masak tak sedap karang kena condemn) aku pun take over bahagian cuci mencuci aje. Kuali berkerak? Meh Kak Yong basuh sehingga berkilat. Dan lepas tu, good bye cooking skills yang tak berapa nak ada tu.

Oh sambung. Jamuan kelas. Alhamdulillah Abang Tih boleh tolong masak ayam masak merah ketumbar yang sedap. Aku pulak, buat bubur kacang. Lepas tu mintak tolong mama gorengkan bihun. Kekeke. Sebelum tu memang dah suruh bebudak goreng sosej, dan dah buat list menu sebab takut karang makanan bertindan pening pulak nak makan yang mana satu. Alih-alih tak luak la pulak makanan. Aku ni memang spesies manusia yang macam tu kut. Apa-apa hal kena ada list. Kalau tak, memang kelam kabut la dunia jadinya. Dan akhirnya, dengan seramai 33 orang anggota, kitorang sepakat menu jamuan kitorang adalah:

1. Bihun
2. Mee goreng (sorang students volunteer)
3. Nasi goreng kampung (sorang students volunteer)
4. Sosej (7 orang students, sorang satu bawak 1 packet yang dah digoreng dan dipotong 2)
5. Kuih-muih (5 jenis a.k.a 5 students)
6. Bubur kacang
7. Buah tembikai (5 students kumpul duit beli)
8. Air fanta merah (7 orang students, setiap seorang bawak 2 botol)
9. Mineral water

Mungkin sebab sekarang aku dah in love dengan rancangan masakan My Kitchen Rules, jadinya menu kena ada entree, main dish dan desert. Haha. Alhamdlulillah jamuan tu berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan, aku ni kalau dah bersemangat memang nak buat bertungkus lumus sangat. Untuk jamuan kali ni, budak-budak dapat hadiah birthday dan kehadiran penuh. Untuk birthday, aku buat sendiri aje goody bags. Kehadiran penuh, bagi sorang seringgit aje. Dengan sampul buatan sendiri jugak. Sebab dah malas sangat nak ke kedai. Cikgu-cikgu siap dapat invitation cards untuk ke jamuan kelas. Semoga berterusan lah semangat macam ni. Jangan lah lemah semangat dek halangan.








Okay. Sekarang nak makan bubur kacang yang aku baru je masak tadi. Sebab kacang hijau lepas jamuan tu masih berbaki. Sebelum mereka berakar di dalam beti, baiklah dibuat bubur.

OKBAI.